DORONGAN utama yang membawa masuk warga asing ke Malaysia ialah faktor ekonomi. Negara ini dianggap sebagai ‘tanah peluang’ oleh ramai pendatang dari Indonesia, Bangladesh, Filipina, Myanmar dan Nepal. Ejen buruh atau sindiket pemerdagangan manusia pula mengambil kesempatan dengan menawarkan pekerjaan melalui jalan pintas, menggunakan dokumen palsu atau pas pelancong sementara. Sebahagian besar daripada mereka masuk secara sah pada awalnya, namun tinggal melebihi tempoh visa atau permit kerja. Tindakan ini menjadikan…










