PERSIDANGAN ASEAN ke-47 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 Oktober lalu bukan sekadar acara diplomatik tetapi lambang kesatuan iltizam negara anggota dalam memperkukuh agenda serantau yang berpaksikan nilai inklusiviti dan kelestarian. Pembangunan sosial mampan tidak boleh hanya diukur melalui pertumbuhan ekonomi sebaliknya memerlukan pendekatan menyeluruh yang memastikan kesejahteraan komuniti, khususnya golongan rentan seperti kanak-kanak, wanita dan masyarakat minoriti. Dalam menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim, ketidaksamaan sosial…










