ERA globalisasi mengubah landskap sosial Malaysia dengan ketara, termasuk kehidupan warga emas yang kini berdepan cabaran baharu akibat perubahan gaya hidup, teknologi dan struktur kekeluargaan. Namun, di sebalik naratif lazim yang menggambarkan warga emas sebagai kelompok kesepian dan kemurungan, wujud potensi besar yang sering diabaikan iaitu kekuatan komunikasi intim sebagai pemangkin kesejahteraan psikologi dan sosial. Masyarakat sering melihat warga emas sebagai penerima bantuan yang pasif dan perlu dikasihani. Pandangan ini…










