DALAM dunia pendidikan, inovasi menjadi kata kunci kemajuan dan keberkesanan sistem pembelajaran. Program inovasi di sekolah bukan sahaja membuka ruang untuk mengasah kreativiti guru tetapi juga memperkasakan murid serta membina budaya pembelajaran abad ke-21 yang dinamik. Namun begitu, realitinya masih ramai sekolah beroperasi dalam keadaan kekurangan sumber kewangan terhad, kemudahan minimum dan cabaran infrastruktur. Ia sebuah paradoks pendidikan moden yang memerlukan pendekatan bijaksana. Banyak inovasi besar bermula daripada idea kecil…










