KEBELAKANGAN ini, kes jenayah di sekolah semakin membimbangkan. Tragedi di Alor Gajah, Melaka melibatkan pelajar perempuan dirogol secara bergilir oleh pelajar senior serta kes tikam di Bandar Utama, Petaling Jaya, nyata menggugat keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan terhadap institusi pendidikan. Kejadian seperti ini menimbulkan trauma dan ketakutan dalam kalangan pelajar serta keresahan ibu bapa. Maka, Kementerian Pendidikan (KPM) bersama pihak sekolah perlu segera melaksanakan langkah drastik bagi memperkukuh keselamatan fizikal…










