ISU kehilangan adab semakin ketara dalam masyarakat hari ini, terutama melalui kes buli yang berleluasa di sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan tempat kerja. Hampir setiap hari media melaporkan insiden yang membuktikan pencapaian akademik semata-mata tidak menjamin akhlak yang baik. Maka, prinsip lama, ‘Adab dulu, baru ilmu’ wajar diangkat kembali sebagai panduan hidup agar ilmu yang dimiliki benar-benar membentuk manusia berakhlak dan berperibadi luhur. Adab bukan sekadar sopan santun tetapi…










