SETIAP kali tibanya cuti panjang, ibu kota mula lengang apabila ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman. Suasana ini bukan sahaja membawa kegembiraan untuk bertemu keluarga tercinta tetapi juga menghidupkan kembali nostalgia perjalanan pulang yang penuh warna. Pelbagai cara digunakan untuk kembali ke desa. Bagi golongan muda, perjalanan menaiki kereta api sering menjadi pilihan. Ini kerana pengangkutan ini bukan sekadar praktikal tetapi juga penuh pengalaman tersendiri. Namun, dalam keseronokan…










