ISU buli dalam kalangan pelajar sekolah kekal sebagai kebimbangan yang masih belum menemui penyelesaian tuntas. Buli, sama ada berbentuk fizikal, lisan, mental mahupun siber, merupakan perbuatan agresif yang sengaja diulang bagi menyakiti mangsa. Bagi menangani masalah ini, pendekatan menyeluruh diperlukan, bukan sekadar hukuman tetapi juga membina kesedaran nilai rahmat seperti yang dituntut dalam Islam. Rahmat membawa maksud belas kasihan, kasih sayang dan kurniaan. Allah menegaskan rahmat adalah ketetapan-Nya, malah Rasulullah…