POLITIK sepatutnya menjadi wahana membina negara, mengangkat martabat rakyat dan memastikan pembangunan berterusan. Namun, apabila politik songsang berakar, kepentingan rakyat diketepikan, manakala kuasa dan keuntungan peribadi menjadi agenda utama. Politik sebegini bukan sahaja menjejaskan integriti kepimpinan, malah merencatkan pembangunan ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan sosial. Kestabilan politik ialah asas kepada pembangunan. Negara yang stabil mampu menarik pelaburan, memperkukuh ekonomi serta membangunkan modal insan. Sebaliknya, politik songsang melahirkan dasar tidak konsisten, iklim…