YAYASAN Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama Pejabat Orang Besar Jajahan Hilir Perak dan Kumpulan Imarah Masjid Melayu Teluk Intan baru-baru ini menganjurkan Program Santuni Komuniti Madani. Teluk Intan menjadi lokasi program memandangkan YWM kini dalam peringkat awal mengenal pasti serta menjalankan kajian bagi pewujudan produk wakaf baharu yang berteraskan warisan negara. Teluk Intan mempunyai banyak tapak peninggalan bersejarah yang menjadi khazanah warisan. Justeru, program ini merupakan usaha menghubungkan elemen warisan…