APABILA ribut dan hujan lebat melanda, pokok tumbang bukan sekadar menghalang laluan. Insiden ini telah meragut nyawa dan mencederakan pengguna jalan. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merekodkan 4,825 kejadian pokok tumbang pada 2023 dengan 10 kematian dan 47 cedera. Sehingga April 2024 pula, 1,085 kejadian dilaporkan. Angka ini menuntut tindakan yang tersusun oleh pihak berkuasa tempatan di seluruh negara. Risiko tidak berpunca daripada ribut semata-mata. Ruang penanaman sempit, tidak sepadan…










