Banjir kilat: Penduduk harap penyelesaian tuntas

Banjir kilat: Penduduk harap penyelesaian tuntas

NUR Aishah bersama pasukannya segera ke lokasi sejurus menerima laporan kejadian bagi menghulurkan bantuan segera ke setiap rumah yang terjejas teruk.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEJADIAN banjir kilat bercampur air selut dan lumpur baru-baru ini yang boleh dianggap terburuk oleh penduduk di Taman Guar Perahu, Guar Perahu Indah di Permatang Pauh, Pulau Pinang serta Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah turut menenggelamkan beberapa laluan utama.

Pada 16 September lalu, lebih 50 rumah di beberapa kawasan perumahan di sekitar Guar Perahu, di sini, terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat.

Peliknya, di mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Zulkefli Bakar? Sebaliknya difahamkan seorang aktivis politik merangkap Ketua Wanita PKR Cabang Permatang Pauh, Nur Aishah Zainol beserta pasukannya segera ke lokasi sejurus menerima laporan kejadian tersebut.

Tindakan Nur Aishah untuk menghulurkan bantuan segera ke setiap rumah yang terjejas teruk akibat banjir mendapat pujian penduduk di situ.

Nur Aishah menyatakan dia memahami tekanan yang ditanggung penduduk kerana insiden tersebut sudah berlaku buat kali ketiga, namun tidak menyangka keadaannya menjadi sebegitu serius.

Nur Aishah yang juga seorang Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai pernah bertemu dan bersemuka dengan pihak pemaju dan mencadangkan supaya membina tembok penghadang namun sebaliknya pula yang terjadi.

Walau bagaimanapun, Nur Aishah menarik nafas lega kerana projek pembangunan bersebelahan kawasan perumahan yang dipercayai menjadi punca banjir kilat itu diwajibkan mematuhi pelan mitigasi ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MBSB) bagi mengurangkan risiko buruk.

Kami berharap kejadian banjir kilat tersebut tidak akan berulang dengan lebih teruk pada masa akan datang. – UTUSAN

PEMERHATI BEBAS POLITIK
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN