PENCEMARAN mikroplastik semakin mendapat perhatian masyarakat global disebabkan kesannya yang serius terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia. Antara langkah yang boleh diambil ialah menganjurkan program pembersihan komuniti secara berkala. Melalui aktiviti gotong-royong, masyarakat bukan sahaja dapat membersihkan persekitaran tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang bahaya plastik terhadap manusia dan hidupan liar. Komuniti juga boleh bekerjasama dengan pusat kitar semula untuk mengumpul serta mengitar semula sisa plastik seperti botol dan bekas makanan.…