PADA hari ini, kita melihat perpustakaan proaktif dalam memandu institusi maklumat di Malaysia ke arah digitalisasi dalam pelbagai aspek sumber maklumat. Hal ini demikian kerana, sejajar dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang keempat iaitu teras Pendidikan Berkualiti yang menumpukan pada tahun 2030, tiada seorang pun yang ketinggalan dalam pendidikan daripada usia kanak-kanak sehingga dewasa, begitu juga peranan perpustakaan dalam memacu tonggak utama dalam penyediaan naratif pembangunan sumber maklumat yang…