MALAYSIA berdepan cabaran besar dalam menarik minat pelajar terhadap subjek matematik dan matematik tambahan. Penurunan ketara pelajar aliran sains (15.2 peratus) berbanding sasaran 60:40 menimbulkan kebimbangan terhadap masa hadapan bidang Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) negara. Antara punca utama ialah asas matematik yang lemah sejak sekolah rendah. Ramai pelajar masih tidak menguasai sifir tetapi sudah bergantung kepada kalkulator. Ini melemahkan keupayaan pengiraan manual dan menjejaskan prestasi dalam ujian. Selain…