ISU keselamatan jalan raya melibatkan warga emas kembali menjadi tumpuan selepas data Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan hampir 7,000 kematian direkodkan dalam kalangan pemandu berusia 61 tahun ke atas antara 2019 hingga 2024. Dalam tempoh sama, 19,812 kemalangan turut membabitkan golongan ini, menimbulkan persoalan besar, adakah warga emas wajar terus memandu tanpa sebarang penilaian kesihatan atau kognitif? Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), usia bukanlah satu-satunya penyumbang kemalangan. Namun,…