Malaysia bukan pusat operasi Hamas

Malaysia bukan pusat operasi Hamas

SOKONGAN Malaysia kepada Palestin adalah berasaskan prinsip rahmah, keadilan dan penentangan terhadap kezaliman, bukan kebencian membuta tuli.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HIMPUNAN Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) menolak sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan oleh Jonathan Schanzer bahawa Malaysia kononnya menjadi pusat operasi Hamas.

Tuduhan ini tidak berasas, berniat jahat dan jelas merupakan sebahagian daripada naratif propaganda Zionis yang ingin melemahkan solidariti rakyat Malaysia bersama Palestin.
HIKAM menyatakan sokongan penuh kepada pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten:

  • Mengecam kekejaman Israel yang terus menindas Gaza dan merampas Tebing Barat.
  • Menggesa tindakan konkrit antarabangsa termasuk memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim Zionis.

HIKAM menegaskan, pendirian ini bukan soal parti atau politik domestik, tetapi soal kemanusiaan dan prinsip Islam sejagat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kepada rakyat Malaysia, HIKAM menyeru:

  • Teruskan solidariti rakyat melalui doa, sumbangan, kempen kesedaran dan program advokasi yang berterusan.
  • Elakkan sikap kebencian melampau terhadap bangsa atau agama lain. Islam mengajar kita menentang kezaliman, bukan menzalimi.
  • Amalkan rahmah dalam perjuangan, iaitu kasih sayang kepada manusia, ketegasan terhadap kezaliman dan keadilan kepada semua pihak.

Rasulullah SAW ketika di Madinah menandatangani Piagam Madinah yang melindungi hak semua kelompok Muslim, Yahudi dan lain-lain. Baginda menentang kezaliman, tetapi tetap mengiktiraf hak kemanusiaan semua.

Ini membuktikan bahawa sokongan Malaysia kepada Palestin adalah berasaskan prinsip rahmah, keadilan dan penentangan terhadap kezaliman, bukan kebencian membuta tuli.

HIKAM menegaskan sekali lagi:

Malaysia bukan pusat operasi Hamas, tetapi pusat solidariti kemanusiaan.

Tuduhan tersebut hanyalah usaha melemahkan suara lantang Malaysia menentang kezaliman Israel.

Kami menyeru semua pihak agar terus bersatu, menjaga akhlak dan memperkukuh usaha membela Palestin dengan hikmah dan istiqamah. – UTUSAN

HIMPUNAN GERAKAN ISLAM MALAYSIA (HIKAM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini