STATISTIK pendaratan tahun 2024 menunjukkan ikan selayang, pelaling, kembung, kerisi dan gelama merupakan antara spesies yang paling banyak didaratkan di Malaysia, sekali gus menggambarkan kedudukannya sebagai ikan pilihan rakyat. Data ini menegaskan kepentingan ikan sebagai sumber protein utama rakyat Malaysia, selain peranannya dalam memastikan keterjaminan makanan negara. Daripada jumlah tersebut, ikan selayang/cerut merekodkan 94,234 tan metrik, diikuti ikan pelaling/temenong (79,685 tan metrik), ikan kembung (46,438 tan metrik), ikan kerisi (38,162…