KES buli semakin membimbangkan apatah lagi sehingga meragut nyawa remaja yang masih di bangku sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT). Statistik memperlihatkan peningkatan kes yang membimbangkan. Menurut data Kementerian Pendidikan, sebanyak 14,000 kes buli dilaporkan pada 2023, manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lebih 4,000 laporan kes buli fizikal dan siber sepanjang tahun tersebut. Lebih membimbangkan, bagi tempoh Januari hingga Oktober 2024 sahaja, sebanyak 6,208 kes direkodkan, membabitkan 5,703 murid.…