MAKNA Hari Kebangsaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan. Jika dahulu kita berjuang menuntut kemerdekaan negara, hari ini perjuangan kita adalah untuk membebaskan diri daripada pencemaran, perubahan iklim dan amalan yang tidak mampan. Di sinilah bioekonomi memainkan peranan penting. Dengan memanfaatkan dan memproses sumber semula jadi negara kita melalui tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma, kita dapat menghasilkan produk dan perkhidmatan bernilai tinggi yang mengurangkan kebergantungan kepada import serta menjana kekayaan dalam sempadan…