KEMENTERIAN Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Kedah menganjurkan Festival Hari Muzium Antarabangsa 2025 Peringkat Kebangsaan dari 23 hingga 29 Julai di Muzium Padi, Kedah. Dengan tema “Masa Depan Muzium dalam Komuniti yang Berubah Pantas”, festival ini bukan sekadar sebuah acara warisan tetapi merupakan wadah penyatuan rakyat Malaysia dalam menghargai khazanah budaya dan sejarah tanah air. Dalam landskap masyarakat yang semakin dinamik dan berbilang bangsa, muzium…









