NEGARA dikejutkan dengan tragedi menyayat hati apabila 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban dalam kemalangan bas ekspres di Jalan Raya Timur Barat, Gerik, Perak baru-baru ini. Dalam kejadian berasingan, seramai 28 penumpang termasuk 13 pelajar dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) turut berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki terbabas. Walaupun tiada kehilangan nyawa dilaporkan, kejadian ini jelas menunjukkan kelemahan serius dalam aspek pemantauan dan pelaksanaan…