KETEGANGAN antara Iran dan Israel yang semakin membara sejak awal 2025 membuka lembaran baharu kepada krisis serantau Asia Barat. Beberapa serangan rentas sempadan berlaku dan kini seluruh dunia memberi perhatian khusus terhadap konflik dua negara besar tersebut, adakah api peperangan akan menyala secara terbuka? Sekiranya konflik ini merebak dalam skala yang lebih besar, ia bukan sahaja memberi kesan kepada Iran dan Israel semata-mata, bahkan akan mengheret negara dan rantau lain…