PELAJAR di China ada yang tidak mahir atau fasih berbicara dan memahami bahasa Inggeris. Namun, mereka tetap memilih untuk belajar fizik dalam versi asal; sama ada buku teks, nota mahu pun kuliah dalam bahasa Inggeris. Ini menunjukkan kesungguhan yang tinggi dan kesediaan untuk keluar dari zon selesa demi ilmu. Di sinilah peranan aplikasi penterjemah seperti Baidu Translate, Google Translate, Youdao dan kamus elektronik menjadi sangat penting. Pelajar akan menyalin setiap…