SAYA ingin mengulas artikel Utusan Malaysia bertajuk Pengharaman vape pilih bulu, tindas peniaga bumiputera, terbitan 5 Jun lalu. Persoalan yang timbul kini adalah kewujudan vape sebagai bahan hisapan yang baharu. Pada pandangan saya, ia sebenarnya hanya menambah lagi masalah sedia ada, yang sehingga kini masih belum kelihatan jalan penyelesaiannya. Selagi ada permintaan dan penjualan, selagi itulah kita terus diperdaya pelbagai bahan atau perkara yang membawa keburukan. Apa jua alasan yang…