DALAM era globalisasi dan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), kemahiran akademik sahaja tidak lagi mencukupi untuk melahirkan graduan yang kompetitif. Dunia hari ini menyaksikan perubahan pesat dalam teknologi, ekonomi serta sosial yang membawa keperluan mendesak untuk graduan memiliki kemahiran lebih holistik dan relevan dengan keperluan semasa. Institusi pendidikan tinggi (IPT) kini berdepan cabaran untuk memastikan pelajar bukan sahaja cemerlang dalam peperiksaan tetapi juga mampu menyesuaikan diri dengan perubahan landskap pekerjaan yang…