SERAMAI 95 pelajar dari SMK Seremban 2 telah menyertai program Race4Earth: Alam Kita Amanah Kita yang dianjurkan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Alam Sekitar, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta tanggungjawab bersama dalam memastikan kelestarian bumi. Melalui pelbagai aktiviti yang dirancang, peserta didedahkan dengan isu-isu alam sekitar serta cara-cara praktikal untuk menjaga dan memulihara ekosistem.
Program seperti ini sangat penting untuk membentuk generasi muda yang bukan sahaja celik alam sekitar tetapi juga bertanggungjawab dalam menjaga warisan bumi untuk generasi akan datang. Penglibatan pelajar universiti dalam menganjurkan program ini juga memberi peluang mereka mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam konteks sebenar.
Pelajar SMK Seremban 2 yang terlibat menunjukkan minat yang tinggi dan komitmen sepanjang program berlangsung. Selain itu, program ini turut memperkukuhkan hubungan antara universiti dan sekolah, membuka ruang kerjasama yang lebih erat dalam usaha memupuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Dengan kejayaan program ini, diharapkan inisiatif sebegini dapat diteruskan dan diperluaskan di sekolah-sekolah lain bagi memastikan mesej kelestarian alam sekitar sampai ke seluruh lapisan masyarakat. – UTUSAN
AINAA ZAFIRA DAHALAN
Setiausaha Race4earth: Alam Kita Amanah Kita










