DALAM keterbukaan dunia moden terhadap isu kesihatan mental, semakin ramai tampil berbicara tentang emosi, trauma, luka batin dan kesejahteraan jiwa. Masyarakat kita kini lebih terbuka dan berani mencari pertolongan. Namun, di sebalik kesedaran ini, muncul pula fenomena bahaya iaitu kehadiran individu-individu yang mengaku pakar, menyampaikan sesi ‘penyembuhan emosi’, namun tidak mempunyai kelayakan profesional, tidak terikat pada etika amalan sah dan tidak diiktiraf oleh mana-mana badan berautoriti. Lebih membimbangkan, mereka hadir…










