Sambutan Hari Guru bukan sekadar simbolik, bahkan wajar dijadikan medan muhasabah: Apakah sistem kita benar-benar menyokong pendidik untuk memacu reformasi pendidikan, selari dengan tema tahun ini. Antara cabaran utama yang menggugat integriti pendidikan ialah sikap sambil lewa, copy-paste bahan pengajaran, dan kegagalan menyelia pelajar. Ada yang menyalahgunakan kuasa dalam pentaksiran atau jawatan akademik demi kepentingan sendiri. Sebagai pendidik, integriti bukan hanya dinilai dalam kelas, tetapi turut diuji di luar waktu…