YAYASAN Waqaf Malaysia (YWM) ingin menegaskan pihak kami menerima aduan mengenai kewujudan sindiket penipuan yang mempergunakan nama yayasan dan Tabung Musa’adah Jakim-YWM bagi tujuan kutipan sumbangan secara tidak sah. Modus operandi penipuan ini dilakukan melalui HubSpot. Inc, di mana orang ramai dijemput menyertai kumpulan WhatsApp dan Telegram, kemudian diminta atau dipaksa membuat sumbangan dengan janji ganjaran wang tunai sebagai pulangan. YWM menegaskan tidak pernah menjalin kerjasama, perjanjian atau pengiktirafan bersama pihak HubSpot.Inc untuk tujuan kutipan Tabung Musa’adah Jakim-YWM atau Tabung Sa’adah Jakim-YWM atau mana-mana tabung serta dana wakaf anjuran YWM.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya