NEGARA-negara ASEAN seperti Indonesia, Malaysia, Thailand serta Filipina merupakan contoh negara diduduki masyarakat majmuk yang sering berdepan isu ketegangan etnik, peminggiran sosial dan ketidaksamarataan ekonomi. Oleh itu, usaha membina masyarakat yang berdaya tahan amat penting agar rantau ini tidak mudah goyah akibat konflik dalaman atau tekanan luar. Hormat-menghormati dan mempercayai sesama masyarakat dalam negara mahupun luar negara mesti menjadi asas penting membangun negara. Terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada…










