KONSEP Kerajaan Madani yang diperkenalkan dalam landskap politik negara membawa harapan baharu kepada rakyat untuk melihat pemerintahan yang adil, beretika dan berjiwa rakyat. Ia bukan hanya gagasan politik semata-mata tetapi turut membawa makna mendalam apabila dikaitkan dengan nilai-nilai Islam dan semangat Perlembagaan negara. Namun, cabaran utama yang perlu dihadapi adalah memastikan konsep ini benar-benar selaras dengan kehendak Islam, memelihara hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan dalam…










