PKR Cabang Permatang Pauh ‘rai’ kepimpinan anak muda

PKR Cabang Permatang Pauh ‘rai’ kepimpinan anak muda

KEMENANGAN Nur Aishah Zainol sebagai Ketua Wanita PKR Cabang Permatang Pauh dalam pemilihan parti kali ini mencorak cabaran baharu kepimpinan anak muda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJURUS menerima keputusan, Nur Aishah Zainol tidak dapat mengungkapkan kata-kata atas kemenangan sebagai Ketua Wanita PKR Cabang Permatang Pauh dalam pemilihan parti kerana menganggap kemenangan itu milik bersama (Wanita Permatang Pauh).

Dengan kemenangan ini, Nur Aishah menyedari bermulalah tanggungjawab berat untuk menerajui kepimpinan Wanita PKR Cabang Permatang Pauh selepas ini.

Sokongan pengundi dan mandat yang diberikan harus digalas dengan penuh amanah serta berdedikasi dan iltizam demi memperjuangkan suara wanita Permatang Pauh selain membina komuniti yang lebih kuat lagi bersatu padu.

Pada pandangan saya, kemenangan ini merupakan satu lonjakan paling bermakna buat Nur Aishah untuk terus mengorak langkah lebih jauh perjalanan karier politiknya di masa akan datang.

Kesempatan ini saya mengucapkan tahniah walaupun menang tipis dengan kelebihan 87 undi. Namun, apa yang lebih penting adalah mencapai kemenangan.

Saya percaya pastinya lebih menarik sekiranya bekas Ketua Wanita Cabang, Safina Ahmad Sabri dapat bertanding semula. Setidak-tidaknya ia akan menguji tahap sokongan sebenar dan pengaruh Nur Aishah di Cabang Permatang Pauh.-UTUSAN

MUZAKKIR HARON
Permatang Pauh, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN