SEKTOR pendidikan tinggi sedang mengalami transformasi besar, mencerminkan aspirasi negara untuk menjadi hab pendidikan serantau dan global. Di tengah-tengah perubahan ini, peranan pensyarah semakin penting, bukan sekadar sebagai pendidik tetapi juga sebagai penyelidik, mentor dan ejen perubahan sosial. Sejak penubuhan universiti pertama pada 1959 dengan hanya 322 pelajar, sistem pendidikan tinggi berkembang pesat. Pada 1980, terdapat lima universiti awam dengan kadar enrolmen kasar 4 peratus. Kini, menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan…










