Kurang tempoh pertukaran gembirakan guru duka lara

Kurang tempoh pertukaran gembirakan guru duka lara

KEPUTUSAN Kementerian Pendidikan untuk mengurangkan tempoh permohonan tukar bagi guru merupakan penyelesaian bagi golongan pendidik luka lara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAHNIAH kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek atas pengumuman pengurangan tempoh permohonan pertukaran guru daripada tiga tahun kepada dua tahun sahaja. Pengumuman dibuat sempena Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di Kuching, Sarawak.

Kata beliau, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa pandangan serta keprihatinan Kerajaan Madani terhadap kesejahteraan guru. Malah, permohonan tersebut terbuka dan tanpa sebarang syarat lain.

Sebelum ini Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan tiada permohonan pertukaran guru dalam tempoh tiga tahun pertama perkhidmatan.

Semoga arahan dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan kadar segera. Tiada lagi keluhan guru terutamanya di kawasan pedalaman yang terpaksa menunggu satu tempoh masa lama untuk memohon pertukaran.

Bahagian pertukaran pula hendaklah meluluskan pertukaran guru tanpa banyak alasan seperti tiada kekosongan. Cuba buat tinjaun berapa ramai guru yang ‘terperap’ sekian lama di pedalaman. Ada guru yang melebihi lima tahun malahan ada yang melebihi 10 tahun berjauhan dengan keluarga.

Guru-guru yang sudah terlalu lama di pedalaman wajar ditukarkan ke sekolah lain. Bagilah mereka merasa ‘angin baharu’ dan kawan baharu di sekolah lain.

Tugas mereka boleh digantikan dengan guru-guru baharu. Ini bagi membolehkan guru-guru baharu menimba pengalaman dan mengaplikasikan ilmu di pedalaman. Murid-murid tentu lebih bersemangat kerana mendapat guru-guru baharu yang lebih bertenaga.

Berilah peluang guru lama di pedalaman berada di samping keluarga pula. Mereka perlu berdampingan dengan anak-anak yang semakin membesar dan memerlukan lebih perhatian ibu bapa.-UTUSAN

CIKGU OTAI
Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN