MAJLIS Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2025M (MTHQK) kali yang ke-67 telah berlangsung di Perlis selama enam hari bermula 27 April hingga 2 Mei lalu bersamaan 28 Syawal 1446H hingga 4 Zulkaedah 1446H. Pertandingan Tilawah al-Quran di Malaysia merupakan platform penting dalam menyemarakkan kecintaan terhadap al-Quran, sekali gus memperkasa amalan dan pemahaman ajaran Islam. Sejak mula diperkenalkan pada 1960-an, pertandingan ini menjadi acara tahunan yang sangat dinantikan, bukan…










