Galak mahasiswa jadi sukarelawan

Galak mahasiswa jadi sukarelawan

PERKASA gerakan kesukarelawanan secara lebih tersusun melibatkan semua agensi kerajaan yang terlibat dalam aspek kesukarelawanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAYASAN Sukarelawan Siswa (YSS) telah melahirkan seramai 2,153 pemimpin sukarelawan siswa yang berjaya melaksanakan 9,665 projek komuniti di seluruh negara.

Namun, YSS perlu terus berperanan sebagai satu agensi kerajaan yang proaktif dan pelaksanaan program harus berfokus dan tumpuan harus diberikan kepada Misi Sukarelawan Siswa, Tuisyen Kami, Ejen Perpaduan serta program pembangunan kepimpinan sukarelawan siswa.

YSS juga perlu meneliti mengenai keperluan untuk mewujudkan satu dasar atau pelan tindakan kesukarelawan yang komprehensif sebagai kerangka panduan nasional dalam memperkasa gerakan kesukarelawanan secara lebih tersusun melibatkan semua agensi kerajaan yang terlibat dalam aspek kesukarelawanan.

Sepanjang tahun lalu, YSS telah berjaya:

  • Pelantikan 305 orang ejen perpaduan bagi memperhebat promosi mesej perpaduan di peringkat komuniti
  • Pelaksanaan lima misi sukarelawan siswa di 20 lokasi di Vietnam, Sabah, Sarawak, Kedah dan Kelantan
  • Pelaksanaan 735 projek komuniti dengan 4,539 jam sukarelawan di lapangan yang memberi manfaat kepada 146,211 orang komuniti setempat
  • Menjalinkan kerjasama strategik dengan Yayasan Peneraju dan Kementerian Ekonomi menerusi Program Pembangunan Ekonomi Komuniti (PPEK) di Sabah bagi pembasmian kemiskinan
  • Bekerjasama dengan Jabatan Wilayah Persekutuan dalam Program Usaha Jaya Insan (PUJI) yang melibatkan 205 orang peserta miskin tegar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan-
  • Pemeteraian Memorandum Perjanjian YSS dengan Koperasi Komuniti Kampung Kilim, Langkawi melalui Program Pembangunan Modal Insan Mentor dan Kejurulatihan Eko-Pelancongan Langkawi. – UTUSAN

KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×