PERPADUAN ialah asas kekuatan sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum dan agama, perpaduan menjadi tunjang utama bagi menjamin kestabilan dan kemajuan. Pemimpin politik memainkan peranan besar dalam mencorakkan budaya politik yang menyatukan rakyat atau sebaliknya. Mereka bukan sekadar individu yang memegang kuasa tetapi juga pencorak hala tuju negara. Oleh itu, keikhlasan mereka dalam memelihara dan memperkukuh perpaduan sangat penting. Pemimpin yang jujur akan mendahulukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan…










