Seramai 14,179 pelajar (3.7 peratus) yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh keputusan cemerlang (gred A) dalam semua subjek, manakala Purata Nilai Gred Nasional (GPN) mencatatkan rekod terbaik setakat ini. Pencapaian ini membuktikan kita berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik. Namun, di sebalik kegembiraan ini, timbul satu persoalan penting, adakah pelajar kita benar-benar bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan menjelang 2030? Dalam tempoh beberapa tahun, pelajar ini akan melangkah…










