Wang tunai atau kod QR lebih baik?

Wang tunai atau kod QR lebih baik?

PENGGUNAAN kod QR sebagai medium bayaran menawarkan pelbagai kelebihan kerana lebih efisien dan kadar caj lebih rendah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU-baru ini laporan DataReportal 2025 meletakkan Malaysia berada di kedudukan kedua tertinggi dengan 66 peratus penggunaan kod QR di dunia. Sementara China merupakan negara tertinggi menggunakan kod QR dengan 67 peratus manakala Thailand (61.5 peratus) di kedudukan ketiga.

Penggunaan kod QR memudahkan pengguna kerana mereka hanya perlu mengaktifkan aplikasi bagi melakukan pembayaran di telefon mudah alih, menjadikan transaksi yang cepat dan mudah tanpa perlu memasukkan maklumat kad atau wang tunai fizikal.

Bahkan, pembayaran menggunakan kod QR boleh menjimatkan masa terutamanya ketika membeli barangan runcit dan pembelian di kedai makanan segera.

Kadar transaksi untuk pembayaran menggunakan kod QR pula lebih rendah jika dibandingkan dengan pembayaran menggunakan kad kredit.

Namun, wujud juga kelemahannya. Antaranya, penggunaan kod QR bergantung sepenuhnya pada internet. Jika terdapat gangguan teknikal, baik pada pembeli atau penjual, transaksi tidak boleh dilakukan.

Meskipun penggunaan kod QR semakin popular, tidak semua mahir atau selesa dengan teknologi ini, terutamanya warga emas.

Bahkan, kod QR yang digunakan untuk transaksi boleh disalahgunakan apabila pengguna diarahkan ke lawan web palsu atau pautan berkaitan penipuan scammer.

Secara amnya, penggunaan kod QR sebagai medium bayaran menawarkan pelbagai kelebihan, ia lebih efisien dan kadar caj lebih rendah. Namun, terdapat faktor yang perlu diambil kira seperti tahap keselamatan dan capaian internet.

Saya percaya bahawa pelaksanaan dan pengunaan kod QR akan menjadi lebih optimum namun ia perlu disokong oleh dasar keselamatan dan pendidikan untuk pengguna dan peniaga.-UTUSAN

DR. MUHAMMAD MAJID & DR. MOHAMAD FAIZAL RAMLI
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN