SEMENJAK akhir-akhir ini sering kedengaran pelbagai isu yang melibatkan golongan kanak-kanak seperti pengabaian, penderaan, kecuaian penjagaan dan lain-lain lagi. Terdapat juga isu golongan kanak-kanak yang tidak dipantau dengan baik oleh pihak ibu bapa dan penjaga sehingga golongan-golongan ini terjebak dengan pelbagai jenis masalah sosial seperti basikal lajak, membawa kenderaan tanpa lesen, terlibat lumba haram, melepak di tempat-tempat awam, bermain mercun berbahaya, terlibat dengan penyalahgunaan dadah, aktiviti jenayah dan lain-lain lagi.…
								
								
								
											








