ISTILAH mesra Muslim dan bebas daging babi tidak dapat dianggap sebagai jaminan sesuatu premis makanan mematuhi prinsip-prinsip halal. Walaupun kedua-dua istilah ini memberi petunjuk kepada pelanggan Muslim atau mematuhi beberapa garis panduan halal, namun tiada badan yang berwibawa yang mengesahkan secara rasmi status halal premis tersebut. Dalam kes bebas daging babi, restoran mungkin menyatakan tidak menyediakan daging babi, tetapi ia tidak bermakna bahan lain yang digunakan dijamin halal. Begitu juga…