Usah perah duit rakyat, bila mahu tangani isu kesesakan?

Usah perah duit rakyat, bila mahu tangani isu kesesakan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU-baru ini, pihak kerajaan menyatakan hasrat mereka untuk mengenakan caj kesesakan bagi mengurangkan jumlah kenderaan memasuki pusat bandar. Caj kesesakan adalah bayaran dikenakan ke atas pemandu untuk masuk ke bandar. Inisiatif itu dipertimbangkan dalam Pelan Induk Trafik Kuala Lumpur 2040 untuk mengurangkan kesesakan waktu puncak.

Pelaksanaan sistem pekerjaan secara fleksibel atau kebenaran bekerja dari rumah (BDR) dapat memudahkan urusan pihak pekerja untuk menjalankan kerja tanpa perlu mengharungi kesesakan ataupun menghadapi risiko kemalangan di jalan raya. Pelaksanaan ini juga dapat menjimatkan wang, masa serta tenaga para pekerja. Pelaksanaan ini juga dapat mengurangkan jumlah kesesakan yang berlaku di jalan raya pada ketika ini, yang mana pekerja tidak perlu menaiki kenderaan dan berada di jalan raya untuk ke tempat kerja setiap hari.

Pelaksanaan ini patut digalakkan di organisasi yang berada di bandar-bandar besar kerana ia mampu mengatasi masalah pekerja berada terlalu lama dalam kesesakan jalan raya disamping dapat meningkatkan lagi produktiviti kerja. Pelaksanaan ini sebenarnya tidak menjejaskan produktiviti kerja, kerana masa dan hari bekerja diuruskan mengikut kesesuaian pihak pekerja dan keperluan majikan. Sistem kerja ini sangat diperlukan pada ketika ini kerana seseorang pekerja di bandar besar menghabiskan masa antara dua hingga tiga jam setiap hari untuk pergi dan balik akibat kesesakan lalu lintas.

Bagi pihak kerajaan pula, mereka tidak perlu lagi berbelanja banyak wang untuk membina lebih banyak jalan raya dan jaringan pengangkutan awam semata-mata untuk mengurangkan kesesakan jalan raya. Duit kerajaan boleh dijimatkan untuk perkara yang lebih penting seperti peruntukan untuk sektor pendidikan, pertahanan serta bantuan kebajikan kepada golongan susah.-UTUSAN

DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Profesor Madya, Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN