Tiba masa bangunkan kawasan perindustrian di Temerloh

Tiba masa bangunkan kawasan perindustrian di Temerloh

ECRL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DI Temerloh, Pahang ketika ini terdapat tiga kawasan industri berkaitan kayu. Oleh kerana Pahang akan mempunyai kemudahan pengangkutan kereta api laju, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal beroperasi pada 2027, maka negeri ini akan memiliki sistem pengangkutan awam yang moden dan maju boleh menghubungkan dua pelabuhan penting iaitu Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Klang.

Sudah pasti pengangkutan kargo atau barangan akan bertambah mudah dan pantas untuk menghubungkan kedua-dua pelabuhan ini. Dalam masa sama, mobiliti manusia yang menggunakan ECRL akan menyumbangkan kepada urusan kerja harian dan lain-lain yang lebih selesa dan pantas.

Justeru itu, saya berpandangan kawasan industri terutama di Mentakab di perluaskan tanpa menjejaskan Hutan Simpan Kekal (HSK) berhampiran.

Pada masa ini, kawasan industri ini lebih tertumpu kepada industri berasaskan kayu dan bengkel kenderaan serta terdapat beberapa buah agensi kerajaan Persekutuan.

Ekoran ECRL akan berfungsi dalam tempoh dua tahun lagi, maka, amat sesuai mempelbagaikan jenis industri di sini. Lebih- lebih lagi stesen ECRL akan menjadi stesen pertukaran penumpang dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Tumpat, Kelantan dan Gemas di Negeri Sembilan.

Ini akan meningkatkan imej daerah dan bandar Temerloh terutama Majlis Perbandaran Temerloh.-UTUSAN

CICIT AKI BAJI
Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN