MAJLIS Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) dengan rasa tanggungjawab mendekati serta memperkukuhkan kebersamaan kalangan belia dan masyarakat. Maka telah berlangsungnya Program Dari Dapur Ke Hati Bubur Lambuk Perdana 2025 dan Bantuan Asnaf.
Usaha yang dilakukan ini mencerminkan kesungguhan belia dalam menyemarakkan lagi semangat di bulan Ramadan selain memperkukuhkan ukhuwah serta menyemai nilai-nilai kemasyarakatan dalam generasi muda.
Melalui kedua-dua program ini memperlihatkan kesungguhan MBWP khususnya terhadap gerak kerja komuniti belia di Wilayah Persekutuan seiring dengan konsep Malaysia Madani dan memberi keyakinan kepada institusi atau pertubuhan luar untuk bekerjasama dengan MBWP.
Terima kasih diucapkan kepada penaja utama iaitu Ambank dan Yayasan Amal dan Kemanusiaan Zayed dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) selain rakan-rakan strategik utama yang turut menyumbang secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kedua-dua program ini.
Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Duta Besar Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia, Dr. Mubarak Saeed Al Dhaheri; Menteri Perladangan dan Komoditi juga merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan para tetamu dari pelbagai agensi kerajaan dan NGO.
Kedutaan UAE turut memberi sumbangan 250 barangan kepada asnaf dan 500 barangan berbentuk makanan.
MBWP di dalam kedua-dua program tersebut telah berjaya menyantuni belia-belia masyarakat dan komuniti setempat secara umumnya berjumlah 4,000 orang.-UTUSAN
KHAIRUL RIZAM ABU SAMAH
Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan









