MASJID bukan sahaja berperanan sebagai tempat ibadah bagi umat Islam, tetapi juga sebagai pusat komuniti yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, pendidikan dan ekonomi masyarakat setempat. Dalam konteks ini, Masjid Kampung Seberang Takir di Kuala Nerus, Terengganu, telah menunjukkan contoh cemerlang bagaimana institusi masjid dapat diperkasakan untuk manfaat bersama. Peranan aktif Ahli Jawatankuasa Masjid (AJK) dalam mengurus dan memajukan masjid ini menjadikannya sebagai destinasi pelancongan yang menarik, sekali gus…