Madrasah Ramadan mendidik roh dan merangkul keberkatan

Madrasah Ramadan mendidik roh dan merangkul keberkatan

KEDATANGAN Ramadan memberikan peluang untuk umat Islam menanam ilmu serta semangat untuk meningkatkan ketakwaan melalui amal ibadat dan amal soleh. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRO Rohani SKUAD Antidadah Negeri Perlis mengambil ruang bicara dan menyeru masyarakat bagi menggalakkan ummah untuk mendidik roh dan merangkul keberkatan di bulan Ramadan yang mulia.

Kedatangan bulan Ramadan memberikan peluang untuk umat Islam menanam ilmu dan semangat untuk meningkatkan ketakwaan melalui amal ibadat dan amal soleh. Sehubungan dengan itu, Biro Rohani SKUAD Antidadah Negeri Perlis menyeru umat Islam agar bersama-sama melakukan muhasabah di bulan yang penuh berkat.

Kedatangan Ramadan memberikan seribu pengajaran buat umat Islam agar sentiasa prihatin terhadap golongan yang memerlukan terutamanya fakir miskin dan mereka yang hidup dalam kedaifan. Semangat kebersamaan bagi mengangkat martabat umat Islam perlu dihidupkan dengan budaya saling ingat-mengingati, tolong-menolong, bekerjasama dalam perkara kebaikan dan berusaha menjauhi permusuhan serta sengketa.

Kesatuan masyarakat sangat dianjurkan oleh agama Islam agar kerukunan dan hidup muafakat antara satu sama lain dapat ditingkatkan seperti menghulurkan bantuan makanan dan pakaian kepada fakir miskin agar ibadah puasa memberikan sinar kegembiraan buat mereka yang memerlukan.

SKUAD Antidadah Negeri Perlis mengambil cakna tentang isu penagihan dadah dalam kalangan masyarakat yang memerlukan setiap ahlinya mempertingkatkan penyertaan bagi menyemarakkan program yang bakal dilaksanakan pada masa hadapan.

Komitmen ini jelas memberi gambaran usaha menyedarkan masyarakat tidak berlaku secara bermusim bahkan aktiviti kerohanian dan program sosial sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Jadikan Ramadan bulan mendidik roh dan berusaha dengan sedaya upaya merangkul keberkatan terutamanya 10 malam terakhir dengan memperbanyakkan ibadat dan doa.

Tinggalkan perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat buat diri serta fokus terhadap pembinaan masa hadapan yang lebih bermakna.-UTUSAN

DR. ZURAIMY ALI dan AMAR ABD. JALIL
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis dan Pengerusi SKUAD Anti Dadah Negeri Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×