ISU-isu pelaksanaan dan pengurusan ibadah umrah nampaknya masih lagi menghadapi masalah tertentu yang sukar diselesaikan. Paparan masalah jemaah umrah terkandas di lapangan terbang dan gagal berangkat ke Tanah Suci masih lagi berlaku. Luahan kemarahan dan kekecewaan tidak dibendung, apatah lagi jemaah bekerja keras mengumpul wang untuk berumrah. Apabila disiasat, rupanya tiket penerbangan pun belum ditempah dan syarikat umrah memberi seribu alasan, sedangkan segala persiapan pelaksanaan sepatutnya sudah dibereskan. Lebih menyedihkan,…