Hormati bulan Ramadan, elakkan persengketaan antara kaum

Hormati bulan Ramadan, elakkan persengketaan antara kaum

WUJUDKAN sifat kasih sayang dan saling hormat menghormati terhadap semua kaum dan agama di negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HEBOH di media sosial tentang aksi dan pertuturan kurang baik dipamerkan sesetengah pihak sehingga mengguris perasaan pelbagai kaum.

Hal ini sepatutnya tidak wajar berlaku di Malaysia ketika umat Islam sedang berpuasa dan menumpukan amal ibadah di bulan yang penuh berkat.

Sesetengah pihak cuba mengheret isu agama dan kaum sehingga menjadikan suhu sentimen dalam dua perkara ini semakin ‘panas’.

Ada yang masih tidak berpuas hati dan ada yang cuba cabar untuk berdebat. Mereka seolah mahu dilihat jaguh sedangkan peruntukan undang-undang yang terkait 3R (agama, kaum dan raja) masih ada untuk membendung isu ini.

Lebih malang ada sesetengah pihak cuba menyemarakkan kebencian kaum dan agama sebagai modal politik murahan untuk mempengarahui kaum lain dalam agenda tersendiri.

Rakyat yang mudah termakan hasutan akan lebih bertindak agresif berbanding mereka yang masih mempunyai pemikiran waras dan mendahulukan jalur hukum perundangan.

Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan agama, jadi sudah pastinya rakyat perlu memahami, saling hormat menghormati dan tidak melakukan persendaan mahupun penghinaan terhadap kaum serta agama yang lain.

Kita semua patut berbangga dengan pencapaian yang diperoleh berkat hasil daripada perpaduan kaum yang kukuh dan harmoni sejak zaman dahulu lagi.

Sebagai rakyat Malaysia marilah sama-sama menghayati Ramadan, bulan yang menuntut umat saling berkasih sayang, menjauhi persengketaan serta merapatkan kembali hubungan sesama insan.

Semua agama menuntut kebaikan dan jadikan ia sebagai benteng kukuh penghalang perpecahan kaum dan agama.-UTUSAN

DR. ZURAIMY ALI
Pensyarah Kanan,
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN