Undang-undang pengguna kita masih lemah?

Undang-undang pengguna kita masih lemah?

KERAJAAN perlu mewujudkan undang-undang bagi menentukan keperluan piawaian dan keselamatan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP hari kami mendengar atau menerima aduan daripada pengguna tentang representasi perkhidmatan barangan yang tidak adil atau mengelirukan.

Antaranya, seorang pengguna membeli peralatan taman untuk mengusahakan tanahnya. Kemudian mendapati mesin yang dibeli tidak sesuai untuk kerja yang sepatutnya dilakukan, akhirnya pengguna tidak menerima sebarang pampasan.

Satu lagi kes apabila pembeli tidak mendapat diskaun sepertimana iklan kerana membeli daripada peruncit. Peruncit berkenaan berkata, harga istimewa itu tidak dikenakan kepadanya kerana ia hanya ditawarkan kepada peruncit tertentu tetapi perkara tidak dinyatakan dalam iklan.

Begitu juga apabila seorang pengguna membeli peti sejuk dengan jaminan. Apabila pengguna membaiki peti sejuk berkenaan selepas empat bulan, dia menerima bil yang menyatakan caj untuk buruh dan alat ganti.

Memandangkan trend sebegini semakin meningkat dalam urus niaga pengguna, amat mustahak untuk negara ini mempunyai undang-undang jelas dengan mengambil langkah-langkah yang memberi manfaat kepada peniaga dan pengguna.

Antaranya untuk menghalang pengiklanan palsu atau mengelirukan selain menghentikan pelbagai jenis salah nyata dalam transaksi pengguna, promosi jualan, jaminan dan lain-lain.

Persoalannya ialah siapakah yang harus bertanggungjawab dalam hal ehwal ini? Siapa yang patut disalahkan, pembuat atau pengguna?

Justeru itu, dicadangkan supaya undang-undang lebih jelas diwujudkan bagi menentukan keperluan piawaian dan keselamatan. Selain itu, data tentang bahaya, kerosakan atau perkara lain yang timbul daripada produk pengguna harus dikumpulkan selain memantau industri agar mereka patuh pada piawaian dan peraturan mandatori.

Secara ringkasnya, kerajaan harus mengisytiharkan Akta Keselamatan Produk.-UTUSAN

BULBIR SINGH
Bekas Presiden Persatuan
Pengguna Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN